Penulis Topik: Situasi di Padang Masyar  (Dibaca 361 kali)


Offline rick_y

  • myQ Pro-Aktif
  • *
  • Tgl Gabung: Okt 2008
  • Tulisan: 783
  • Lokasi: Bumi Allah
  • Jenis kelamin: Pria
  • Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
    • Lihat Profil
    • Mari Mengenal Diin Kita !
« pada: 30 Oktober 2008, 13:28:23 »
Di Padang Masyar suasananya sangat panas terik, dikatakan jarak matahari kira-kira satu jengkal dari kepala. Umat Nabi Muhammad s.a.w. menjadi orang sekaligus pemimpin yang meminta agar dipercepatkan perbicaraan karena khawatir tidak tahan panas di sana.

Umat Nabi Muhammad yang lalai pun mencari bantuan kesegala arah untuk dapat mendapatkan syafa'at.

Mereka pada mulanya menemui Nabi Adam. Namun Nabi Adam a.s. tidak dapat membantu karena dia telah melakukan satu kesalahan yaitu memakan buah khuldi walaupun Allah telah memberikan peringatan kepadanya. Nabi Adam a.s. pun berkata:

Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.

Mereka pun berpaling daripadanya dan menemui nabi Nuh a.s.,  Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata:

“Wahai nabi kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”

Nabi Nuh as berkata:

“Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku."

"Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”

Mereka berpaling daripadanya, dan menjumpai Nabi Ibrahim. akan tetapi, nabi ibrahim menolak untuk memberikan syafa'at seraya berkata:

“Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”

Mereka pun menjumpai nabi Musa a.s., Nabi Musa pun menolak mereka seraya berkata:

“Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”

Hal yang sama dikatakan oleh nabi Isa a.s.:

“Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Maryam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”

Suara Maryam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW, Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!”

Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”

Nabi Adam as bertanya: “Berapa banyak dari mereka untukku kirimkan?”

Allah Taala berfirman: Setiap seribu orang, kamu antarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”

Allah Taala berfirman lagi:

“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, niscaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaati-Ku Neraka pula bagi orang yang mendurhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahwa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”

Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”

Umat Muhammad SAW dalam perjalanan as-sirat

Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada Rahmat dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melewatinya! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”

Kumpulan pertama berhasil melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
Kumpulan keempat seperti burung yang pantas.
Kumpulan kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”

Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terhitung melainkan Allah Taala saja yang mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh.

Apabila mereka melihat ibu dan bapak mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta pakaian dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapak mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, anak-anak yang belum melihat ibu dan bapak mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.

Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”

Anak-anak yang belum melihat ibu dan bapak mereka telah berkumpul.

Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapak-bapak dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga semoga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera yang terpuji berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, anak-anak akan meninggikan tangisan mereka.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang terjadi pada anak-anak ini?”
Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapak dan ibu mereka. “
Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka. Amin

Saya ini hanyalah orang yang belajar yang membagi ketercukupan ilmu yang saya miliki, saya bukanlah alim ulama yang telah hafal qur'an, hadits, fiqh dan lainnya, masih banyak kekhilafan dalam penyampaian dakwah saya, ada kelupaan dan kekhilafan lainnya. Saya pun memohonkan maaf jika ada hal-hal yang menyinggung pembaca.

Jika ada ilmu saya yang menyimpang ataupun salah, maka beritahukan, Insya Allah kita dapat mencari jalan yang lurus, jalan yang dimana hanya ada satu jalan kebenaran. yaitu jalan yang diRidhoi-Nya. Insya Allah.

Sesungguhnya apa-apa yang baik dari tulisan ini datangnya dari Allah (سبحانه وتعالى), dan segala kekurangan datangnya dari saya.

Wallahu 'alam Bishowwab.
Jazzakullah khayr
Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sumber:
http://afiqsafuan.blogspot.com/2008/06/titian-sirat-di-padang-mashyar.html
http://afiqsafuan.blogspot.com/2008/04/rasulullah-menangis-di-padang-masyhar.html
« Edit Terakhir: 30 Oktober 2008, 13:37:27 oleh rick_y »
Sudahkah Engkau Mengenal Diin-mu?